Thursday, 30 March 2017

(VIDEO) "Kami Turap Lubang Jalan Hanya 3 Minit, Modal RM35," Brotherhood Pelik PBT Lambat Baiki Jalan Rosak Yang Bahayakan Pengguna

Tags
loading...




Kumpulan kelab motor Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) memuatnaik sebuah video mendakwa mereka berjaya untuk menurap lubang jalan yang membahayakan pengguna jalan raya, lapor Projek MMO.

Menurut Ketuanya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak berkuasa tempatan (PBT) yang sering menggunakan alasan peruntukan untuk kerja baik pulih.

“Saya pernah bersemuka dengan pihak PBT. Alasan yang mereka berikan jalan berlubang tidak berturap adalah menunggu peruntukan.

“Turapan yang saya buat ini bernilai RM35 sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa tiga minit, tidak susah, cuma hendak dengan tidak sahaja.” 

“Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

“Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT,” kata yang dah 10 tahun terlibat dalam bidang ini.


Beliau mendakwa, sewaktu dia dan rakan-rakan menurap jalan di sini menggunakan sepaket tar seberat 25 kg, dia hanya menghabiskan RM35 berbanding berbanding RM100 harga pasaran.

Lando Bagaimanapun menafikan apa yang dilakukannya itu adalah amalan vandalisme.

“Kenapa kami kena conteng tanda nama kami atau letakkan harga RM35? Ini kerana dulu pernah terdapat kes ada kontraktor mengaku mereka punya kerja.

“Mereka tangkap gambar dakwa mereka buat dan minta duit pada PBT. Jadi ini sahaja caranya. Kami buat sebegini bukan vandalisme.

Dia turut mendedahkan kos bulanan yang ditanggung mereka hanyalah sekitar RM5,000 sebulan di mana kebanyakkan adalah duit mereka sendiri di sembilan buah negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. - Siakapkeli.my


EmoticonEmoticon