Gosip dan kontroversi hangat antara Rita Rudaini dan Adil Zafuan masih lagi belum selesai. Dan yang terbaru, Rita mengakui bekas suaminya itu tidak mempedulikan anaknya ketika temu bual bersama majalah InTrend.
“Daddy mereka tidak pernah sekalipun menyertai aktiviti anak seperti sambutan hari jadi atau majlis anugerah di sekolah apatah lagi mengirim wang. Semua saya usahakan sendiri. Duit yuran sekolah anak pun tidak pernah diberi atau ditanya”
“Pada saya itu tidak menjadi masalah kerana dari dulu lagi saya sudah biasa berdikari. Hidup saya sekarang sibuk nak membesarkan anak-anak. Bagaimanapun, jika pada masa depan, anak-anak tidak boleh menerima ayah mereka, waktu itu, jangan tuding jari kepada orang lain”
“Salahkan diri sendiri kerana tidak berusaha mengambil tahu hal darah daging sendiri. Saya pun tiada masa nak rosakkan emosi anak-anak dengan nak tolong ‘cover’ ayah mereka. Itu bukan tanggungjawab saya,” katanya kepada majalah InTrend.
Kredit : InTrend.
EmoticonEmoticon