Sejak beberapa hari lalu admin telah terlihat sebuah video tentang bahaya Shaken Baby Syndrome atau Sindrom goyang bayi yang sering di lakukan oleh ramai orang kita untuk membuat bayi gelak atau bergurau.
Video berkenaan memaparkan kesan-kesan bahaya akibat tindakan ini seperti dibawah.
Namun, hari ini terbaca satu artikel yang dimuatnaik naik oleh Puan Saidah Aziz kisah yang terjadi kepada anaknya yang dilahirkan normal, namun kini gara-gara Shaken Baby Syndrome anaknya bernama Darwisy menderita seumur hidup.
Jom kita baca kisah beliau.
DARWISY DAN CEREBRAL PALSY(CP)
-Acute And Chronic Subdural Hematoma
-Shaken Baby Syndrome
Berikutan bulan Mac adalah bulan kesedaran untuk Cerebral Palsy(CP) dan membuatkan sy mahu berkongsi sedikit ilmu-ilmu tentang CP(ikut kefahaman sy) dan juga kisah darwisy si pejuang kecil CP sy.
Dan ramai yg bertanyakan dan berminat mahu tahu macam mana darwisy boleh disahkan CP?Sy ingin berkongsi cerita kisah dan pengalaman darwisy bersama sy dan suami mungkin sebagai pengajaran ataupun panduan pada kawan-kawan semua.
Darwisy dilahirkan normal Alhamdulillah tanpa sebarang masalah tetapi genap usianya 3 bulan 2 minggu dia dikejarkan ke hospital sebaik sahaja saya yang semasa ini sedang bekerja di Perbadanan Nasional Berhad (PUNB) mendapat panggilan dari taska menyatakan darwisy muntah2 teruk. Saya bergegas ke taska dan mendapati darwisy diserang sawan yang sangat teruk, nafas sangat laju, badan tersentak-sentak dengan mata putih sahaja yg kelihatan.
Dapat saya rasakan darwisy sangat kritikal keadaannya dalam dakapan saya disaat ini. Saya terkilan apa pihak taska buat semasa saya dalam perjalanan ke taska yang memakan masa sejam untuk sampai?Kenapa tiada apa tindakan dengan keadaannya sebegitu?
Allahuakbar..Saya seperti orang gila tak tentu arah walau seolah sedang bertenang tapi dalam hati Allah sahaja yg tahu. Pergi hospital swasta berdekatan kawasan rumah tapi mereka pindah ke Hospital Ampang sebab disana ada pakar. Bila disana keadaan darwisy stabil dan nafasnya ok tapi masih dengan bantuan oksigen. Hati lega dan tak terfikir apa-apa yang bakal saya tempuhi sebenarnya selepas ini. Saya fikirkan ok semuanya baik-baik sahaja.
Saya menunggu dan menunggu keputusan doktor. Doktor kelihatan seperti kelam kabut. Saya terfikir apa sebenarnya yang berlaku??Airmata yang tadi jatuh mencurah-curah sudah tenang. Doktor minta kebenaran untuk buat CT Scan (scan untuk otak). Sy semakin pelik! Dan akhirnya doktor memberitahu keputusan hasil dr CT Scan.
Kes darwisy berpunca dari SHAKEN BABY SYNDROME(Sindrom Goncang Bayi) dan hasil scan adalah ACUTE & CHRONIC SUBDURAL HEMATOMA. Acute dan Chronic ada dua(2) disitu bermaksud Acute pendarahan yang berlaku 72 jam trauma sebelum kejadian dan Chronic pula 21 hari atau 3 minggu dan lebih trauma sebelum kejadian. Pendarahan di otaknya berlaku di ruang paling atas otak manusia(ikut kefahaman sy).
Saya terkedu disaat ini..Saya menangis airmata jatuh mencurah-curah...Apa 21 hari ke 3 minggu atau lebih lagi sebelum ini pendarahan sudah berlaku bermaksud sejak saya habis berpantang dan terus dihantar ke taskakan? Kenapa saya langsung tak perasan?Adakah pihak taska ada buat tak baik pada darwisy?Adakah sy penyebab dia jadi begini sebab sy menggunakan buaian dan agak laju sy buai nya?Sy tak tahu..sy buntu..dan kes ini terus pihak doktor telah buat laporan polis sebab ada unsur penderaan.
Dan langkah yg terbaik untuk kes darwisy adalah dengan pembedahan memandangkan selama 3hari di NICU Hospital Ampang, darwisy diserang sawan 2kali.
Darwisy dipindahkan ke Institut Pediatrik HKL dan dibedah dikepalanya. Masuk bilik bedah menemaninya sekejap kaki lutut sy menggeletar. Adakah ini keputusan yg terbaik bila sy dan suami tahu apa risiko-risiko nya?Sy tak tahu dan apa yg sy tahu sy serahkan pada Allah.
Bagaimana pembedahan dilakukan sy tak nak tahu juga cuma yg sy tahu sebaik sahaja darwisy keluar dari bilik bedah sudah ada tiub dikiri dan kanan kepalanya dengan beg darah. Kelihatan darah masih keluar mengalir melalui tiub itu. Allah..hati sebak hati menangis. Sejujurnya sy tak kuat ketika ini dapat kata-kata seorang doktor menyatakan mama awk kena kuat, awak kena makan cukup tidur baru awak sihat cukup tenaga dan kuat baru darwisy akan kuat dan jangan menangis didepannya bila melawat tengok dia dan sy pegang kata-kata doktor ini.
"Kalaula sakit ini boleh dipindahkan kepada mama mama akan ambil sayangku tapi apakan daya", bisik hati kecil sy. Terus kuat ye sayang darwisy.
Selepas itu doktor memaklumkan Alhamdulillah pembedahan berjaya TETAPI otak yg masih berfungsi dengan baik hanya 20% dan 80% sudah rosak. Allah 80% yg rosak??Doktor dengan telus dan sejujur-jujurnya memberi penerangan supaya kami jelas dan memahami keadaan sebenar. Doktor menyatakan darwisy akan terlantar seumur hidup dan tak akan mampu buat apa-apa walaupun bercakap ke pergi sekolah ke mudah kata cacat kekal menyeluruh.
TETAPI dia masih kecil saraf otak akan develop perlahan-perlahan dengan SYARAT kena banyak RANGSANGAN. Perasaan sy sedih menangis semahu-mahunyanya TAPI sy dh berazam dari sini dan sy tahu darwisy boleh dan kuat.
Darwisy dikategorikan Buta(dimata terdapat juga pendarahan) dan Global Development Delay (GDD) pada awalnya. Selepas itu ciri2 spastik mula kelihatan dan dikategorikan sebagai Quadrepligia CP dan seterusnya Dystonia CP.
**Shaken Baby Syndrome disebabkan berlaku gegaran yg kuat seperti bayi dilambung, terjatuh, terhantuk, digegar terlalu kuat sehingga berlaku pendarahan diotak bayi. (Ada sy lampirkan artikel dibawah). Hati2 ye kawan-kawan dalam kita menjaga anak kita, banyakkan membaca sebagai langkah keselematan.
(**Rakan2 semua, kes ini berlaku 5tahun lepas Februari tahun 2012. Sy berkongsi sempena bulan kesedaran Cerebral Palsy(CP) dan juga kesedaran pada semua tentang Shaken Baby Syndrome.
Darwisy sekarang berusia 5tahun4bulan. Alhamdulillah dia sudah mampu berjalan walau perlu sedikit lagi latihan, bercakap masih sepatah2 dan ada yg pelat dan juga berjuang supaya boleh bersekolah. Doakan darwisy sy supaya dia kuat dan urusannya dipermudahkan Allah. 😊**)
Insan yg banyak dan sentiasa bersama-sana darwisy dan sy sudah tentu suami tercinta Ahmad Humaizi Ibrahim, dia yg terlalu banyak memberi semangat, kekuatan dan buat keceriaan selalu. Suami dan ayah terbaik.
- Siakapkeli.my
EmoticonEmoticon