Sunday, 26 March 2017

Aku Makan Janinnya - Gangguan Saka Keturunan 5 Kali Keguguran Setelah 7 Tahun Berkahwin

Tags
loading...

Gambar Sekadar Hiasan

Saka, sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan tidak mudah untuk difahami oleh setiap orang. Apabila bercakap tentang saka, ia adalah satu perkara yang amat sensitif.

Saka adalah gangguan jin yang biasanya mempunyai pewaris iaitu dikalangan manusia sendiri. Saka juga dikatakan akan diwarisi dari seorang manusia kepada manusia lain yang biasanya satu keturunan iaitu daripada ibu atau ayah yang diwariskan kepada si anak sama ada secara rela menerimanya atau tidak menyedarinya.

Satu perkongsian yang agak menyeramkan dikongsi oleh seorang Ustaz dari Pusat Perubatan yang dikenali ramai. Seorang wanita langsung tidak tahu menahu akan dirinya telah diganggu saka sehinggalah dia pergi berjumpa dengan Ustaz ini untuk rawatan.

Oleh: Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin

Kesian seorang pesakit wanita telah datang ke sini untuk menerima rawatan dan meminta diikhtiarkan untuk mendapat zuriat. Beliau telah berkahwin selama 7 tahun, beliau pernah mengandung sebanyak 5 kali, namun sepanjang perkahwinannya dia sering keguguran.

Katanya setiap kali sebelum kandungan gugur, beliau pasti akan bermimpi tumpah darah, mimpi nenek tua mengurut perutnya, mimpi jatuh tempat yang tinggi, mimpi menyusukan budak, mimpi benda dan mimpi orang nak bunuh. Setiap kali dia mimpi-mimpi seperti yang diceritakan, keesokkan harinya pasti beliau akan mengalami keguguran.

Semua kandungan beliau tidak bertahan lama, paling lama pun hanya 3 bulan. Beliau juga tidak pernah mendapatkan rawatan Islam. Apabila terbaca artikel tanda-tanda gangguan makhluk halus yang saya kongsi beliau tergerak hati untuk mendapatkan rawatan Islam dengan saya.

Apabila saya RUQYAH kan beliau, ternyata memang ada gangguan di dalam badannya. Beliau serta merta berubah menjadi nenek kebayan yang amat tua. Saya berinteraksi dengan nenek itu dan bertanya kepada nenek tua berkenaan.

Ustaz: Kenapa kamu Ganggu dia??
(Ia hanya menggelengkan kepala sambil terkunyah-kunyah seperti sedang makan sireh, keadaannya membongkok seperti orang tua)

Nenek itu pun menjawab.
Nenek Tua: Dia keturunan aku, dia Milik aku, Jangan ganggu dia lagi!!!

Ustaz: Dia bukan milik kamu, keluar kamu dari tubuh badan nya..

Nenek Tua: Aku cakap, kau tak faham-faham ke?? Dia milikk aku!! Aku benci kau kerana ambil hak milik aku!!
(Nenek tua itu menunjuk ke arah Suaminya)

Suami pesakit: Kenapa kau ganggu dia??

Nenek Tua: Dia keturunan aku, aku diamanahkan oleh nenek moyang dia untuk menjaga dia. Aku jaga dia dari dia masih kecil lagi. Aku amat sayangkan dia. Aku tak suka kau!! Kau rampas dia dari aku!! Pulangkan dia pada aku kerana dia milik aku.. Aku jaga dia dari kecil lagi..(Dengan nada yg amat tegas)

Ustaz: Pergi lepaskan dia sekarang!!

Nenek Tua: Aku tak peduli dia milik aku.. Apa pun terjadi aku tak akan lepaskan dia. Aku tinggal di rahimnya, aku makan janinnya. Aku tiada makanan, aku terpaksa makan janin dia, dulu tuan aku ada, nenek moyang kau ada, dia bagi aku makan. Aku tak nak dia mengandung, dia milik aku, dia tuan aku, sampai bila-bila aku tak akan biarkan kamu berdua bahagia.

Tanpa lengah saya pun ruqyah kan beliau dan dengan izin Allah Jin nenek tua itu pergi dengan jeritan yang amat kuat.

Sesiapa yang mengalami gangguan saka keturunan, sekiranya sudah berumahtangga, boleh mengakibatkan hubungan suami Isteri menjadi panas. Sukar mendapat zuriat. Bagi wanita, akan mengalami kitaran haid tak normal.

Nasihat saya sekiranya anda ada gangguan saka keturunan dapatkan rawatan Islam yang berhampiran. Jangan putus asa, kesembuhan semua di atas izin Allah inshaa Allah.

Semoga dijauhkan ia berlaku kepada kita Dan keluarga kita. Aamiin!!


EmoticonEmoticon