Thursday 9 March 2017

"Adik Beradik Pun Sanggup Disihir Kerana Berebutkan Harta Pusaka"

Tags
loading...


Apa yang aku nak cerita ni adalah kejadian beberapa tahun lepas. Aku mempunyai ibu sedara yang menderita hidup akibat perbuatan sihir. Sihir ini angkara perebutan harta di sebelah suaminya. Ibu sedara aku mempunyai 4 orang anak. Kalau ikutkan diorang ni tak lah kaya mana pun tapi disebabkan harta peninggalan yang sedikit pun menjadi isu perbalahan sampai melibatkan sihir/ilmu hitam.

Dulu kalau aku balik kampung ibu sedara aku selalu datang bercerita kepada aku apa yang dia alami. Sangat kesian bila ada orang yang berhadapan dengan masalah begini sehingga aku tengok hidupnya pun dah tak terurus. 

Dia dan suaminya hanyalah bekerja sebagai penoreh. Bila si ayah dan ibu mertuanya meninggal maka harta dibahagi-bahagi kan sesama adik beradik. Tapi malang sekali adik beradik si suami tidak puas hati atas pembahgian harta tersebut. Walaupun masing masing mendapat tanah sendiri hasil peninggalan.

Dipendekkan cerita, tanah yang diberikan ibu sedara dan suaminya usahakan sehingga dapat membuahkan hasil. Tapi malang sekali adik beradik si suaminya inginkan tanah tersebut padahal tanah sendiri tak nak usahakan. 

Maka terjadi lah kejadian sihir dan segala benda halus di hantar kepada mereka sampai hidup menjadi semakin huru hara. Dah berapa banyak ustaz datang untuk pagar rumah dan sebagainya tapi masih tidak habis disitu. Mungkin ada yang datang hanya sekadar untuk buat pendiding.

Beberapa tahun selepas itu, sihir dihantar untuk menghapuskan keturunanya. Aku dapat berita bahawa anak sulungnya (sepupu aku) meninggal atas perbuatan sihir ini. Sebelum meninggal sepupu aku pernah bagitau atok aku bahawa dia kena santau. Ibu sedara aku bgtau yang sepupu aku ni telah minum air kelapa yang jatuh di depan rumahnya. 

Sejak dari tu dia jatuh sakit. Ibu sedara aku ada la bawak sepupu aku ni jumpa ustaz dan ustaz tersebut cerita balik sebijik kejadian yang terjadi pada sepupu aku iaitu buah kelapa jatuh depan rumahnya dan dia terasa nak minum air tu. Dan ustaz tersebut bgtau bahawa ada orang yang menghantar sihir tersebut dengan tujuan untuk menghapuskan keturunannya.

Nak di jadikan cerita lagi, tak lama lepas anak sulungnya meninggal, ada orang datang memberi air kotak susu kepada ibu dan bapa sedara aku untuk diberikan kepada anak-anak. Tapi ntah kenapa ibu sedara aku rasa macam sesuatu yang pelik dan nak bagi air kotak tersebut pada orang lain tapi dihalang oleh suaminya. 

Takot pulak kalau sesuatu berlaku terkena kat orang lain. So, ibu sedara aku pun tuang air kotak tersebut atas rumput. Tau apa jadi? Rumput tersebut mereput2 macam tindak balas kimia lalu mati. Dia bernasib baik sebab tak bagi kat anak dia dan orang lain. Kalau tak taktau apa jadi.

Selama berbelas tahun dah dia menderita akibat perbuatan sihir ini dan dah habis beribu2 duit sampai sekarang masih belum jumpa jalan penyelesaian. Ada jugak yang cakap bahawa orang yang menghantar ada perjanjian dengan jin dan tak boleh nak tarik balik. 

Sebutlah mana2 ustaz pun semua ibu sedara aku dah pergi termasuklah darus syifa, orang2 ustaz sharhan, dan allahyarham ustaz harun din pun dah pernah pergi. Dia jugak amalkan je semua ayat2 pendiding, solat hajat dan sebagainya tapi benda halus still ada dan kadang2 porak perandakan kehidupan diorang termasuk anak2 jadi malas belajar.

Kadang2 kesian aku tengok bila dia bercerita tetapi tidak dipedulikan sedara mara sebab dah terlalu lama tapi takda jalan penyelesaian. Semua orang tak tahu nak buat apa dan hanya boleh mendengar saja. Aku tau dia serabut memikirkan masalahnya tapi hanya mampu doakan yang terbaik buatnya. 

Pernah jugak aku kenalkan dengan ustaz yang boleh berubat jarak jauh tapi bayaran yang dikenakan agak tinggi so diorang tak mampu. Ok lah kalau nak cerita panjang lagi memandangkan berbelas tahun dia alami sampai sekarang. Semoga Allah memeberi jalan penyelesaian yang baik buat keluarga mereka.

2 comments

This comment has been removed by the author.

https://www.youtube.com/watch?v=h-Jhj4LyhY0 ( coba buka link ini, Ruqyah Syariah , sama ini : https://www.youtube.com/watch?v=LDp3jx8V_E8


EmoticonEmoticon