‘Rupanya aku bela tunang orang…’
Namun, sepandai-pandai menyimpan rahsia, akhirnya tewas di tangan kaum sejenis yang membantu lelaki ini.
Oleh Jebat Haji Ali
Aku mula mendekati dia 22 Januari 2017. Dari situ aku dah betul-betul straight to the point, aku cakap aku nak serius dengan dia. Selepas itu aku tanya dia,“Memang betul tak ada orang lain? Memang betul tak ada siapa-siapa yang tunggu? Memang betul I bukan merampas hak orang?”
“Ya, I bukan milik sesiapa,” jawabnya.
Sepanjang dari tarikh 22 Januari 2017 sehingga 27 Februari 2017, macam-macam perkara yang aku hadap. Kena block di Instagram, WhatsApp sebab aku memang rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.
Dia tak bagi aku upload gambar kami bersama, tak bagi aku tag nama dia di mana-mana laman media sosial, tak bagi aku follow dia di Instagram pertama. Dia ada dua akaun Instagram, katanya akaun pertama dah tak pakai kemudian buat akaun kedua dan aku follow IG itu tetapi tak lama selepas itu dia block aku sedangkan kami masih dalam relationship. Kemudian dia unblock dan tak approve request aku. Akhirnya kedua-dua IG dia diprivatekan.
Yang lebih mencurigakan, aku tidak dibenarkan langsung memegang handphone dia, walhal handphone aku sampai ke DM Instagram, chat WhatsApp semua dia pakai tabo je buka. It’s okay even benda itu privacy aku tetapi aku buat tak tahu sebab aku memang tak ada nak sorok apa-apa dengan dia. Tetapi bila aku nak tengok handphone dia, sampai aku bertekak teruk dengan dia.
Dua hari kemudian yang ‘Kuasa’ dah mula nak buka mata aku. Kawan aku yang aku sumpah tak suruh follow pun dua IG dia, pergi follow IG dia dan ditunjuk semuanya pada aku. Dia nak tunjuk aktiviti dia dalam akaun Instagram pertamanya yang sebelum ini dikatakan dah tak digunakan.
Aku pun macam speechless selepas tengok semua itu. Tengok segala hashtag dia, gambar-gambar yang dia post dan yang paling aku macam wow! is malam aku celebrate birthday dia siap candlelight dinner dengan bouquet coklat aku bagi dia, aku ingat benda itu dah cukup buat dia impress, rupa-rupanya siang itu dah ada Man (nama samaran tunang dia yang aku pakai tabo) yang bagi dia cincin tana approach dia nak ajak bertunang (aku rasa dia dengan Man ini dah lama ada relationship sebab aku tengok IG dia yang pertama, ada muka si Man ini sejak 2016. Dia cakap dengan aku sebelum ini kononnya Man hanyalah sekadar kawannya semasa dia berada di UiTM).
Tetapi semua itu aku tak tahu sehinggalah kelmarin. Yang lebih membuatkan aku rasa nak hempok kepala di dinding ialah date dia tunang itu, 18 Mac 2017, sedangkan aku dengan dia masih lagi dalam relationship.
17 Mac 2017 malam itu aku perang teruk dengan dia sebab aku suspek dia nak pergi ke Genting dengan kawan dia tetapi dia cakap dengan aku dia nak balik Kuala Lumpur ikut keluarga dia sebab ada kerja kahwin. Aku percaya yang dia pergi Kuala Lumpur tetapi rupanya dia balik ke kampung sebab 18 – 19 Mac itu dia bertunang. Tetapi aku tak tahu pun pada masa itu.
Malam 19 Mac dia balik, aku pun macam tak ada apa, ajak dia pergi tengok wayang, makan kemudian hantar dia balik. Masa itu aku dah perasan dia pakai cincin yang sama seperti dalam gambar itu tetapi aku tak syak apa-apa sebab sebelum ini dia ada pakai cincin dan bila aku tanya, dia kata ‘ini buat sarung dekat tudung’, aku pun okey sajalah.
Kemudian malam semalam, 29 Mac 2017, selepas aku dah tengok semua gambar-gambar di Instagram dia, aku ajak dia berjumpa dan dia tak tahu lagi yang aku dah tahu semua itu. Dia pun ikut saja. Siap request nak makan KFC, seperti tak ada apa-apa yang berlaku. Kemudian dia turun masuk kereta, aku diam, gosok-gosok dahi. Dia tanya kenapa, aku tak cakap banyak terus tunjuk gambar dia berselfie dengan Man dalam kereta.
“Ya Allah you, gambar ini dah lama dah,” jawabnya.
“6 Februari 2017, masa kita dalam relationship lagi you cakap dah lama? I bukan main akur mendengar cakap you, I tak upload gambar kita bersama tetapi you boleh upload gambar dengan lelaki lain? I ini apa?”
“Sebab inilah I tak bagi you follow Instagram I dan tengok semua gambar-gambar yang ada. Sebab nanti you akan fikir bukan-bukan,” jelasnya.
Aku terus ‘supp!” macam hilang jap selepas dia berkata demikian. Kaki di pedal clutch terasa ringan saja nak diangkat untuk terbang tanpa rasa melekit. Tetapi aku tahan, tak banyak cakap aku terus tunjuk pula gambar dia bertunang. Yang ini kalau aku story, confirm korang kalau jumpa minah ini tak banyak cerita terus shoot punya.
Kau tahu dia cakap apa?
“Itu semua lakonan you. I dah cakap dengan you kan yang dulu I pernah bertunang. Itu semua gambar lama. I upload balik saja. Kan I dah cakap dengan you I nak tengok siapa orang-orang yang buli I, musuh dengan I semasa di kolej dulu rasa apa sekarang selepas tengok kejayaan I,” jelasnya.
Aku macam WOW! Aku dalam drama sekarang ini.
“Kenapa pilih mamat tu, bukan I sebagai pelakon cerita you? I ini siapa? Kenapa mamat tu?” tanya aku lagi.
“Dia saja yang faham I, layan kepala I. Dia pun dulu kena apa yang I kena. Dia dah rapat dengan keluarga I, sebab itu I pilih dia nak buat benda ini. Sebab itulah I tak bagi you tengok Instagram I, pegang handphone I sebab nanti you sakit hati dengan plan I. Eh, I kalau ada laki pun, laki I, I tak percayalah,” katanya.
“Kan I dah cakap, dia saja yang faham I, tahu kepala I macam mana. Berapa kali I nak cakakp, hah?! Adoi aku marah betullah!” dia tengking aku macam anak kucing.
“Habis? Let’s say selepas ini kita bertunang. You tak fikir apa orang cakap selepas tengok gambar ini yang you dah bertunang?” soal aku lagi.
“Ha’a laa, macam sebelum ini I tak pernah bertunang ekh. Delete sajalah, apa susah,” selamba dia jawab.What the….?! Kemudian bila dah penat berborak, aku diam.
“Ada apa-apa lagi tak you nak cakap? I nak naik ni. I dah panas dah ni, dengan mengantuk lagi ni. You kalau nak dengar apa orang-orang itu cakap, you percaya gambar-gambar itu semua, itu you punya pasal. I dah explain sampai penat yang mana itu semua hanya lakonan sahaja sebab I nak balas dendam pada budak-budak kolej yang selalu buli I dulu. You nak percaya atau tak, sudah. I nak naik, nak tidur,” katanya.
“I tak dapat jawapan sebenar mengapa lakonan in dibuat tanpa pengetahuan I dan you jangan salahkan I kalau I tak boleh percaya yang semua ini hanya lakonan,” belum habis aku cakap, dia dah potong.
“So you percayalah dengan semua itu dan tak percaya dengan apa yang I cakap? You nak sangat kan relationship ini stop? So it’s up to you. Dah, I nak naik, bye!” dia terus keluar dari kereta.
Sambil dia keluar itu, aku sempat berkata, “Kahwin nanti jangan lupa jemput. Thanks!”
Selepas itu aku terus pergi ke kedai, nak shisha. Story dengna Kak Syu, Bancik Ely apa semua dan kemudian dengan kehebatan orang perempuan bila stalk, aku pun jumlah gambar yang berlaku siang 14 Mac 2017, sebelum aku bawa dia pergi candlelight dinner.
Ini bukan cerita orang yang viral di mana-mana blog/page famous, ini cerita aku sendiri yang mana aku alami sepanjang hampir tiga bulan aku bersama dengan dia. Mana yang tahu siapa dia, janganlah dihebahkan siapa namanya. Jaga aib dia.
Yang last itu agak sadis jugalah sebab dah beli tiket Fast Furious 8, nak tengok dengan dia. Now, siapa nak tiket? Ada satu available ni.
sumber
EmoticonEmoticon